Sunday 24 February 2013

Mula Melangkah ..

Assalamualaikum ....

Alhamdulilah .. syukur kehadrat Allah atas limpah kurnia-Nya yang memberi nikmat iman dan kesihatan kepada kami. Segala puji bagi Allah yang membenarkan jantung kami mengepam darah mengangkut oksigen keseluruh pembuluh darah sehingga menggerakkan otot jari jemari kami dalam menghasilkan satu blog berkaitan dengan ilmu pendidikan. Pembinaan blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku di samping memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus Projek EDU 3104 ( Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku ).

Blog ini dimiliki oleh dua orang bakal Guru Prasekolah yang berasal dari negeri di bawah bayu dan menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. Semoga segala entri dan maklumat yang dikongsi memberi manfaat. Kami mengharapkan komen-komen yang membina agar segala maklumat mahupun perkongsian dapat diperbetulkan serta dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..