Friday, 22 March 2013

Aktiviti 3



Aktiviti 3

Senyuman Fresh and White



Aktiviti ini bermula apabila guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dapat menarik perhatian murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di samping menguji tahap kepekaan murid terhadap arahan guru dan rakan sebaya.

Langkah pelaksanaan aktiviti
1.   Guru menerangkan tentang peraturan aktiviti iaitu dengan memperkenalkan istilah-istilah yang akan guru gunakan.
2.  Apabila guru memberi arahan iaitu dengan menyebut perkataan :
Senyum 1 = murid senyum lebar
Senyum 2 = murid senyum setengah
Senyum 3 = murid membuat mimik muka serius

3.  Murid diminta berdiri semasa aktiviti Senyuman Fresh and White dijalankan.

4. Murid akan memandang semasa sendiri kerana jika murid salah melakukan ekspresi muka, murid yang salah akan duduk dan murid yang paling lama bertahan dianggap sebagai pemenang.

Aktiviti ini memerlukan kawalan guru agar aktiviti ini berjalan dengan lancar dan menarik.


Aktiviti 2




“Duduk Bangun”

Aktiviti ini sangat menarik untuk digunakan oleh guru  di dalam bilik darjah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan aktif. Aktiviti ini boleh dilakukan oleh guru sebelum dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. 

Langkah Pelaksanaan Aktiviti :
1.           Guru meminta murid untuk berdiri di tempat masing-masing
2.         Setelah itu, guru akan meminta murid duduk dalam keadaan senyap.  Kemudian guru akan meminta murid untuk berdiri semula.
3.         Langkah 1 & 2 boleh diulang sebanyak beberapa kali.
4.         Aktiviti ini dilakukan daripada masa perlakuan yang perlahan kepada  perlakuan yang cepat.
5.         Guru juga perlu memasukkan unsur suspen 



contoh :
Sekuen arahan guru

berdiri....duduk ,berdiri....duduk, berdiri….berdiri, berdiri…duduk, duduk….duduk, duduk….berdiri

Melalui aktiviti ini dapat:-
Ø Meningkatkan fokus murid terhadap pengajaran guru.
Ø Menarik perhatian murid.
Ø Menyediakan murid kepada pembelajaran seterusnya.







Aktiviti 1




“Tepuk Semangat”

Aktiviti ini boleh digunakan oleh guru sebagai startegi bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Aktiviti ini dapat meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk mengikuti pengajaran guru.
Dalam aktiviti “Tepuk Semangat”, ini guru akan meminta murid untuk menepuk tangan sebanyak 1 kali, 2 kali dan 3 kali. 

Bagi variasi aktiviti ini, pola dan kekerapan tepukan  boleh diubah mengikut kehendak guru contohnya , tepuk 2kali, 3kali, 3kali dan 1 kali.


Guru akan memberi komen sekiranya tepukan yang dilakukan murid tidak serentak dan murid akan mengulanginya semula.

Thursday, 21 March 2013

Model Akibat Logikal Dreikurs



Model Akibat Logikal Dreikurs


·         Menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
·         Guru perlu mengenalpasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.
·         Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
·         Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.



Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:


Cara Dreikurs menangani murid yang mempunyai motif yang salah:

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku :
• Berkomunikasi perkara yang positif.
• Galak peningkatan murid.
• Kenal pasti kelemahan murid.
• Belajar daripada kesilapan.
• Percaya kebolehan murid.
• Bekerjasama.
• Rasa bangga pencapaian murid.
• Optimis.
• Beri galakan dan motivasi.


SUMBANGAN DREIKUS

1.    Menyumbangkan konsep dan struktur pengurusan disiplin bilik darjah yang telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah.
2.    Dreikurs antara pengkaji disiplin bilik darjah yang pertama mencadangkan tentang guru dan bilik darjah yang demokratik dan menyumbang kepada pengurusan disipilin yang berkesan.
3.    Mencadangkan guru supaya mengenal pasti matlamat murid yang salah, iaitu menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kelemahan di dalam bilik darjah..
4.    Meminta guru-guru melibatkan murid-murid berkerjasama membentuk rutin dan peraturan bilik darjah.
5.    Guru dan murid bersama-sama berbincang akibat yang akan diterima oleh murid-murid sekiranya mereka melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan.
6.    Dreikurs menyatakan guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba mengelakkan pujian kerana kedua-dua mengakibatkan murid bergantung kepada tindakan guru bukannya daripada kemahuan sendiri.





Kekuatan & Kelemahan Model Akibat Logikal Dreikurs :


KEKUATAN
KELEMAHAN
Memupuk autonomi – murid bertanggungawab atas tindakan dan pilihan mereka.
Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid melakukan salah laku.
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling menghormati antara murid.
Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.


Aplikasi  

Situasi
Tindakan Guru
Seorang murid menolak rakan sambil bersama sama turun tangga.
Beri pilihan kepada murid untuk tidak mengulangi atau tunggu semua murid turun dahulu kemudian dia boleh turun.
Murid menconteng meja.
Beri pilihan untuk membersihkan sebagai upah pekerja am untuk membersihkan contengan tersebut.