Wednesday 6 March 2013

Pengenalan Kepada EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku



           PENGENALAN

Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik guru mengajar dan murid belajar Ya, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Antara prasyarat yang paling utama bagi menjamin satu proses pengajaran yang berkesan adalah aspek pengurusan bilik darjah. Setinggi mana ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru, akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mampu untuk menguruskan bilik darjah dengan baik. Salah satu cara untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan adalah dengan membina hubungan yang baik dengan murid-murid dan mengawasi perjalan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Guru perlu memahami tingkah laku, personaliti dan tabiat murid-murid di dalam bilik darjah.

DEFINISI PENGURUSAN

Mary Parker Follertt, mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.

Horold Koontz, mendefinsikan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama dengan orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.

Manakala, Stoner, mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi dengan cekap bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai kesempurnaan hidup.



DEFINISI BILIK DARJAH


Bilik darjah ialah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yakni merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sesebuah sekolah. Tempat ini juga merupakan medan perjuangan kerjaya seorang guru.
Selain itu, bilik darjah ialah bilik-bilik disediakan dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikut pelajaran atau belajar mata pelajaran yang diajar oleh guru.
Bilik darjah bukan semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran tetapi mencakupi murid-murid dan guru yang belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di dalam ruangan bilik darjah.

1 comment:

  1. Saya suka akan pengisian yang tidak terlalu panjang ini. Syabas! =)

    ReplyDelete