Friday 22 March 2013

Aktiviti 2




“Duduk Bangun”

Aktiviti ini sangat menarik untuk digunakan oleh guru  di dalam bilik darjah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan aktif. Aktiviti ini boleh dilakukan oleh guru sebelum dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. 

Langkah Pelaksanaan Aktiviti :
1.           Guru meminta murid untuk berdiri di tempat masing-masing
2.         Setelah itu, guru akan meminta murid duduk dalam keadaan senyap.  Kemudian guru akan meminta murid untuk berdiri semula.
3.         Langkah 1 & 2 boleh diulang sebanyak beberapa kali.
4.         Aktiviti ini dilakukan daripada masa perlakuan yang perlahan kepada  perlakuan yang cepat.
5.         Guru juga perlu memasukkan unsur suspen 



contoh :
Sekuen arahan guru

berdiri....duduk ,berdiri....duduk, berdiri….berdiri, berdiri…duduk, duduk….duduk, duduk….berdiri

Melalui aktiviti ini dapat:-
Ø Meningkatkan fokus murid terhadap pengajaran guru.
Ø Menarik perhatian murid.
Ø Menyediakan murid kepada pembelajaran seterusnya.







No comments:

Post a Comment