Thursday 21 March 2013

Model Akibat Logikal Dreikurs



Model Akibat Logikal Dreikurs


·         Menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
·         Guru perlu mengenalpasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.
·         Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
·         Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.



Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:


Cara Dreikurs menangani murid yang mempunyai motif yang salah:

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku :
• Berkomunikasi perkara yang positif.
• Galak peningkatan murid.
• Kenal pasti kelemahan murid.
• Belajar daripada kesilapan.
• Percaya kebolehan murid.
• Bekerjasama.
• Rasa bangga pencapaian murid.
• Optimis.
• Beri galakan dan motivasi.


SUMBANGAN DREIKUS

1.    Menyumbangkan konsep dan struktur pengurusan disiplin bilik darjah yang telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah.
2.    Dreikurs antara pengkaji disiplin bilik darjah yang pertama mencadangkan tentang guru dan bilik darjah yang demokratik dan menyumbang kepada pengurusan disipilin yang berkesan.
3.    Mencadangkan guru supaya mengenal pasti matlamat murid yang salah, iaitu menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kelemahan di dalam bilik darjah..
4.    Meminta guru-guru melibatkan murid-murid berkerjasama membentuk rutin dan peraturan bilik darjah.
5.    Guru dan murid bersama-sama berbincang akibat yang akan diterima oleh murid-murid sekiranya mereka melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan.
6.    Dreikurs menyatakan guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba mengelakkan pujian kerana kedua-dua mengakibatkan murid bergantung kepada tindakan guru bukannya daripada kemahuan sendiri.





Kekuatan & Kelemahan Model Akibat Logikal Dreikurs :


KEKUATAN
KELEMAHAN
Memupuk autonomi – murid bertanggungawab atas tindakan dan pilihan mereka.
Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid melakukan salah laku.
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling menghormati antara murid.
Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.


Aplikasi  

Situasi
Tindakan Guru
Seorang murid menolak rakan sambil bersama sama turun tangga.
Beri pilihan kepada murid untuk tidak mengulangi atau tunggu semua murid turun dahulu kemudian dia boleh turun.
Murid menconteng meja.
Beri pilihan untuk membersihkan sebagai upah pekerja am untuk membersihkan contengan tersebut.

No comments:

Post a Comment