Friday 22 March 2013

Aktiviti 3



Aktiviti 3

Senyuman Fresh and White



Aktiviti ini bermula apabila guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dapat menarik perhatian murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di samping menguji tahap kepekaan murid terhadap arahan guru dan rakan sebaya.

Langkah pelaksanaan aktiviti
1.   Guru menerangkan tentang peraturan aktiviti iaitu dengan memperkenalkan istilah-istilah yang akan guru gunakan.
2.  Apabila guru memberi arahan iaitu dengan menyebut perkataan :
Senyum 1 = murid senyum lebar
Senyum 2 = murid senyum setengah
Senyum 3 = murid membuat mimik muka serius

3.  Murid diminta berdiri semasa aktiviti Senyuman Fresh and White dijalankan.

4. Murid akan memandang semasa sendiri kerana jika murid salah melakukan ekspresi muka, murid yang salah akan duduk dan murid yang paling lama bertahan dianggap sebagai pemenang.

Aktiviti ini memerlukan kawalan guru agar aktiviti ini berjalan dengan lancar dan menarik.


2 comments:

  1. baguslah blog ini..banyak info yang boleh kita dapat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) terima kasih .. sama2 kita kongsi maklumat ..

      Delete