Wednesday 20 March 2013

Model Disiplin Asertif Canter



Model Disiplin Asertif Canter


·        Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
·   Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas.
·         Melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan
·         Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah.
·         Penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah lancar
·         Guru dapat mengajar tanpa gangguan.
·         Murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.

Canter mencadangkan cara membimbing murid:-

·         Perhatian positif kepada murid.
·         Berinteraksi dengan murid yang menunjukkan salah laku.
·         Wujudkan hubungan saling percaya dan menghormati antara satu sama lain.

      Konsep Utama.
·          
      Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan.
·         Guru dan murid mempunyai hak masing-masing.
·         Guru hendaklah menggunakan peraturan dan menguatkuasa kesan secara konsisten.
·         Guru perlu bersifat asertif, tidak aserif atau agresi

Terdapat tiga jenis guru :

Guru yang tidak asertif
v  Menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan.
v  Membenarkan suatu tingkah laku tetapi pada masa yang sama memarahi murid yang melakukan tingkah laku tersebut.
v   kelihatan kelam kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid tidak lagi menghormatinya.
v  Murid putus asa.




Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
1.    Penerangan peraturan.
2.    Cara pelaksanaan peraturan.
3.    Semak kefahaman murid.
4.    Maklumkan tentang ganjara.
5.    Penerangan tentang tindakan pembetulan.
6.    Cara tindakan pembetulan dikenakan.
7.    Semak kefahaman murid

Jenis-Jenis Ganjaran

Jenis Ganjaran
Contoh
Pengukuhan sosial
Senyuman, kata pujian
Pengukuhan grafik
Bintang, pelekat
Pengukuhan aktiviti
Masa rehat, mainan khas
Pengukuhan fizikal
Makanan, hadiah dan lain-lain.



Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid.
ü  bertindak dengan tenang.
ü   konsisten.
ü   berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.
ü   beri peluang kepada murid meluahkan perasaan.
ü   teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah.
ü  tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

Murid bermasalah
§  Perlu ditangani dengan berhemah.
§  Paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian.
§Guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid.


No comments:

Post a Comment