Tuesday 12 March 2013

Peraturan Bilik Darjah



PERATURAN BILIK DARJAH


Konsep
·      Tindakan dan strategi yang digunakan untuk kekalkan peraturan di bilik darjah. Guru perlu wujudkan persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah.  
·         Peraturan bilik darjah perlu bagi  menghadapi dan menguruskan tingkah laku murid melalui menarik perhatian murid.

PRINSIP PEMBENTUKAN PERATURAN BILIK DARJAH
a)    Jelas dan boleh difahami.
b)    Tidak terlalu banyak.
c)    Bincang dengan pelajar pada hari pertama kelas 
d)    Nyatakan tingkah laku tidak sesuai.
e)    Setiap peraturan ditunjukkan contoh.
f)     Berbincang dengan pelajar sebab dibuat peraturan tersebut.
g)    Perlu dan munsabah mengikut tahap bilik darjah.
h)   Perlu jelaskan tingkah laku negatif yang sering dilakukan oleh pelajar.
i)     Rasional.
j)      Konsisten dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.
k)    Konsisten dengan peraturan sekolah.

Cara Menangani Masalah Disiplin Bilik Darjah


1.    Teguran Membina
- Memberi teguran sekiranya murid melakukan kesalahan.
- Memberi dorongan kepada murid supaya berlaku lebih baik.
- Tidak bersifat terlalu menghukum terhadap pelajar.


2.    Ganjaran
GANJARAN
CONTOH
Simbol
Nombor, bintang, dan lain-lain.
Pengiktirafan
Mempamerkan, kerja pelajar, pengiktirafan secara lisan, sijil atau pelekat.
Aktiviti
Aktiviti yang menarik seperti lawatan.

3.    Jenis Hukuman


\
HUKUMAN
CONTOH
Gred
Kurangkan markah jika tidak hantar atau menyiapkan tugasan yang telah diberikan
Keistimewaan
Murid yang telah merosakkan peralatan akan diberi keistimewaan menggunakan alat tersebut.
Denda
Bentuk kerja yang berulang seperti meluis berkali-kali dan sebagainya.
Gantung Sekolah
Murid yang melakukan tingkah laku yang kronik seperti terlibat dalam pergaduhan.

STRATEGI MENARIK MURID MEMATUHI PERATURAN.

1.    Pupuk hubungan positif antara guru dengan murid.
2.    Melibatkan murid berkongsi tanggungjawab kawalan disiplin bilik darjah.
3.    Memberi peneguhan untuk tingkah laku yang sesuai.
4.    Peraturan bilik darjah yang ditetapkan mesti jelas, ringkas dan mudah diikuti.
5.    Guru harus bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan.



CONTOH PERATURAN BILIK DARJAH

1.    Menghormati guru dan rakan.
2.    Menepati masa.
3.    Menghormati harta benda orang lain.
4.    Semua murid hendaklah duduk di tempat masing-masing apabila pelajaran bermula.
5.    Menjaga kebersihan bilik darjah.
6.    Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah.
7.    Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik darjah.
8.    Murid-murid dilarang menconteng dinding, meja, papan notis dan papan tulis.
9.    Murid-murid dilarang duduk di atas meja kecuali diarah oleh guru.
10.  Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat.
11.  Bersopan dalam bilik darjah
12. Tolong menolong.
13.  Mematuhi peraturan sekolah.
14. Berkerjasama semasa gerak kerja berkumpulan.


No comments:

Post a Comment