Wednesday 13 March 2013

Amalan Pengurusan Bilik Darjah



Amalan Pengurusan Bilik Darjah
 

1)   Merancang

Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.  Semasa merancang, guru akan merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Guru akan memilih topik, menentukan pendekatan yang paling sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza.

2)    Mengelola
Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Antara tugas-tugasn guru sebagai pegelola di dalam bilik darjah:
i)             Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
ii)            Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.
iii)           Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.
iv)           Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.
v)            Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan  pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
vi)           Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.
Hal ini dilakuakn supaya murid memahami hala tuju pelajaran dan peranan mereka di dalam bilik darjah. Kelolahan yang baik dapat memastikan kelancaran proses pembelajaran.

3)   Mengawal

Guru perlu memantau, memastikan muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Sekiraya ada murid yang tidak memberikan perhatian atau menimbulkan  masalah, guru boleh memangil nama murid, menegur, menasihati atau menghantarnya keunit disiplin sekiranya perlu.




4)   Membuat Refleksi

Guru menganalisis dan menilai keberkesanan pendekatan, strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, bahan bantu mengajar secara berbentuk penilaian yang digunakan semasa pengajaran. Budaya refleksi membantu guru meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

5)   Menjalinkan hubungan guru-murid

Guru ialah pengerak dan pemimpin di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu menunjukkan tahap dominan yang sesuai. Misalnya, menetapkan dengan jelas apa-apa yang diharapkan daripada muridnya, peraturan, prosedur serta akibat daripada tingkah laku yang tidak diingini. Pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan kerjasama, iaitu menggalakan murid berfungsi sebagai satu pasukan.

1 comment:

  1. CASINOS in NJ - Best casinos in NJ - JTM Hub
    JAM is the premier NJ casino offering online and mobile 순천 출장마사지 slots 밀양 출장안마 for those seeking to bet and win 춘천 출장샵 in the real world. The casino has 동해 출장마사지 over 400 slot 광주광역 출장마사지

    ReplyDelete