Wednesday 6 March 2013

Konsep Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku



KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku murid.  Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah. (Laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981). Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor).

Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989), ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisen.  
Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Lemlech (1988),mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

Jacob Kounin (1970), menyatakan bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukanya menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

Richards (1990), mentafsirkan pengurusan bilik darjah  sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga, pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif, bertanggungjawab dan menyokong.

Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan anatara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi corak dan suasana interaksi dalam bilik darjah lazimnya diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari aspek sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Walau bagaimanapun, kebekersanan pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid tetapi juga bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dr Ragbir Kaur (2008), mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat.

Menurut Jere Brophy, pengurusan bilik darjah berkesan ialah keupayaan guru untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah supaya menjadi satu persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p).

2 comments: